Rae's
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah... "trust Allah abadan abadaa..."
Wednesday, November 07, 2007
Thursday, November 01, 2007
Sesuatu yang telah merubah segalanya? Mungkin...
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. selamat ana sampai rumah. Baru pulang dari Gunung Ledang, ada rehlah tingkatan 3 2007. Berita baik daripada 'Izzati..
"mabruk, puisi nti terpilih ke peringkat akhir!" tulisan kata hati 'Izzati pada tagboard tu.
Alhamdulilah... alhamdulillah.. alhamdulillah..
Oleh itu teman-teman dan pembaca blog semuanya, undilah ana ye!
Sila undi Puisi 6 (kod puisi ana) di sini! ----->
http://nisashahalam.blogspot.com/2007/10/puisi-yang-berjaya-ke-peringkat-akhir.html
Eh, antum tak pernah baca puisinya, kan? Bacalah puisi di bawah ini.. Itulah puisi yang ana cipta
hasil ilham daripada Allah semasa bulan Ramadhan.. ^____^
Ramadhan
Rahmatnya terkandung citrawarna
Dinanti sekalian hambaNya
Dirindui tatkala pergi
Dimuliakan tika hadir kembali
Senandung syahdu berbaur suka
Kala menjelmanya Ramdhan
neraka tiada terbuka pintunya
Terbukalah pintu syurga kesemuanya
Rahmah Allah bertumpah ruah
Tidak terbilangkan oleh manusia
Syaitan durjana dicengkam terseksa
Tinggal nafsu menentukan sendiri
Ikut kata hati yang kotor binasa
Ikut kata nafsu bisa mati
Ikutlah hati yang sentiasa menuju pada Ilahi
Ramadhan datang
Menjelma penuh suka
Dirai sekalian hamba Allah
Bersama pesta 'ibadah
Khusyu' dalam lena zikir padaNya
Ramadhan yang pergi
sentiasa dinanti
Puasa mengiringi Ramadhan
dirindui pasti
Dia mengubat kerinduan
mempamerkan kasihNya
Lalu dengan Aidil Fitri
kemenangan dirai
Kullu 'aamin wa antum bikhair.....
------
Rehlah yang telah merubah segalnya. Rehlah yang membahagiakan!~
Oopps! Jangan lupa ye undi puisi ana kat sini. Kod puisi ana Puisi 6! (Huhu.. takdenya ana nak suruh orang lain undi ana kalau pihak Nisa' tu tak suruh ana minta uindian ramai.. Hehe..)
~celoteh ana untuk semua! hehe..~