Rae's

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah... "trust Allah abadan abadaa..."

Tuesday, October 17, 2006

iftar best!

BismiLLahirRahmanirRahim...

alhamdulillah... semalam ana dapat pergi ke iftar mdp tu.
however, Nani x dapat datang sebab ayah die tak bagi.
best sangat! unfortunately, ana tak dapat masukkan
lagi gambar2 yang diambil semalam. ana akan beritahu
apa yang terjadi semalam...

2.30 p.m
-------
Ahli MDP yang tak balik rumah kena pegi makmal masakan
untuk sediakan hidangan iftar including me. Kitorang kupas dan
potong bawang besar, kentang, ubi keledek etc. mase potong bawang meleleh
air mata keluar. pedih habis! lepas dah kupas, potong, blender ni ape-ape
tah semua, kitorang pun mandi dan solat `asar.

5.00 p.m
-------
Sambung balek kerja. Time nilah kitorang mulekan
operasi memasak kitorang. Menu yang dipilih ialah kuew teow sup,
karipap, cek mek molek, kentang goreng & air bandung.

Keow teow sup yang jadi chefnye ialah Maryam & Hamizah.
Sian, Maryam. Supnye mase dah nak berbuke baru siap.
Walau apapun, sup nilah paling sedap yang pernah cik kak kita ni buat...

Karipap pulak pelopornya ialah kakak naqibah
especially kak asma` amatullah and kak asma` aminuddin.
Kak Asma` Amatullah yang wat dohnye.
Dan Kak Asma` Amin buat & ajar buat kelim karipapnye.
Masa nilah ana belajar camne nak buat kelimnye
setelah sekian lame tak buat . Sian, Hani... punyelah
geram die buat sebab tak jadi-jadi... hehe..

Cek mek molek ni pulak Kak Nurin yang ajar camne nak buat...
basic die hampir sama seperti cara nak wat keria, tapi
still lain. Dibuat daripada keledek yang dah dilenyek dicampur
bersama tepung gandum.. pastu bentukkan mcm bujur ckit
and then letak gula tengah2 die.
gule die ni cair bila digoreng and jadikan kuih ni sedap!

Air bandung pulak kalau tak silap mdp kak Ulfah yang buat...
sedap sangat. nilah first time punye air bandung yang ana cakap sedap sangat taw...
sebenarnye sebelum ni ana tak berapa sukekan air bandung.. tapi air bandung senalam
sedap banget!

6.50> p.m
---------
Tak pasti berbuka pukul berapa tapi kitorang semua salamat berbuka puase
dengan kuih muih yang lazat-lazat belaka. Kak Asma` minta supaya makan kuih dulu and then lepas
solat maghrib baru makan kuew teow sup.
Lepas solat maghrib pun kitorang makanlah kuew teow sup
tu yang sedap teramat tuh...

^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^

Lepas tuh solat isya` and solat terawih. Kemudiannya ada mdp ringkas dengan naqibah
masing2...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home