Rae's

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah... "trust Allah abadan abadaa..."

Wednesday, November 01, 2006

Dua insan... Satu cinta...

Aku masih terkejut. Aku masih tergamam. Terngiang-ngiang lagi di telingaku suara wanita separuh umur itu. Benarkah berita ini?

Aku teringat wajahnya. Wajahnya menerjah dalam kotak memori. Senyumannya. Betapa dia aku kagumi. Aku terkenang, saat pertama aku bersua dengannya. Betapa aku hormat padanya. Aku kagum dengan ilmunya yang menggunung. Aku tabik dengan kesabarannya. Ah, aku hanya tak sangka, juga tak percaya.

Wajah dia yang lagi satu pula menerjah dalam ruang fikiran. Dia juga aku hormati. Dia juga aku kagumi. Aku terkenang memori antara kami. Banyak sungguh yang aku pelajari dari insan ini. Walaupun adakalanya aku kurang senang dengan sikapnya, tapi itulah yang sebenarnya membantu membentuk diriku. Dia juga penghibur hatiku. Aku tersenyum, tatkala mengimbau memori dia mengenaliku. Aku tahu dia akan sampai ke tahap ini. Tapi, aku tak percaya. Mengapa dia?



Suara pengetua memecah suasana. "Sayang tak Ustazah Suzana?"

Disahut, "Sayaaaaang!"

Pengetua menyambung, "Sayang tak Ustaz Anuar?"

Masing-masing dihujani pelbagai persoalan. Masing-masing memikirkan pelbagai kemungkinan. Apakah yang ingin pengetua sampaikan?

Pengetua mengangkat sekeping kad hijau. Cantik kad itu. Apakah itu? Pengetua tersenyum. Masing-masing tergamam. Terkejut. Seakan tak percaya.

Oh...

Dia yang pertama, puas kumelirik pandangan mencari kelibatnya. Rupanya dia di sebalik pintu menahan malu.

Dia yang kedua, hampir sahaja denganku. Kulihat wajahnya merah yang teramat. Tapi tersenyum. Malu. Kamera video difokuskan ke wajahnya. Bertambah merah wajahnya.

Aku, tersenyum gembira. Walaupun aku juga terkejut yang teramat. Siapa sangka? Selama ini tiada yang menyedari. Rupanya dua insan sedang bertepuk dua belah tangan.

Bagaimana kami tak tahu? Kami tak sedar.

Ustaz untung sangat dapat Ustazah yang hafizah Quran. Ustaz yang sangat gila disiplin (kata ustaz sendiri) dengan Ustazah yang sungguh baik. Masing-masing sama cantik. Masing-masing sangat dihormati.

Terbongkar segala yang tersimpan. Terungkai segala yang terpendam.

Kini kumengerti kata-kata Ustazah tatkala mesyuarat majlis hari itu.

"Berdebarlah Ustazah nak majlis ni..."

Getusku dalam hati, "Huh, berdebar? Majlis khatam Quran je..."

Rupanya ada erti yang tersendiri. Tersenyum.


Penulis cerita: Tmah Bluerose

Ana Mumtazah kata:


Owh! So, inila yang disorok-sorokkan oleh ustazah selama ni. Moga mereka berbahagia fillah abadan abadaa. Ustazah Suzana & Ustaz Anuar akan membina masjid masjid mereka pada 1 Disember 2006 di Terengganu... Omedeto!

1 Comments:

Blogger tmah said...

haha... terasa lawaklah pulak entri ni.

Wednesday, November 01, 2006 10:09:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home