masih adakah walau secebis harapan?
bismiLLAhirRahmanirRahim...
hmm... ana tak tahu apa yg ana
nak coretkan apa kat sini sebenarnya...
mungkin hanya coretan harian untuk kali ini...
baiklah..
hari ini ada PSFM atau pun Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia.
sejak sekolah menengah ni ana dah mula minat PSFM...
tak macam masa sekolah rendah dulu...
benci sangaT!!~ huhu... ana tak tahu kenapa.
dan disebabkan oleh minat ini, timbul satu bibit comel
nun dalam hati ana...
" ana nak jadi KM (komender muda) la... "
tahun lepas sebenarnya adalah satu peluang bagi ana
tapi atas sebab2 yang memang tak dapat dielakkan...
ana tak dapat hadir sesi pemilihan KM...
dan impian ana terus berkubur sampai hari ini...
sepatutnya untuk pelajar ting.3 ada lagi pemilihan KM, tapi ada khabar
yang menyusup sampai telinga ana mengatakan bahwa pemilihan KM
tahun ni tiada sesi pemilihan, tetapi terus dipilih oleh pihak PSFM +kerjasama MGBSIM untuk menjadi calon KM.
kemudian, selepas lulus kursus KM barulah menjadi KM yang sah.. =(
sedih..
adakah kemungkinan bagi ana akan terpilih menjadi KM kalau khabar itu benar?
selalu macam tu kan? hmm...
kadangkala ana fikir 'leadership' yang ada pada ana sangat kUraNg...
impian ingin menjadi PRS... entah bile akan tercapai...
impian ingin menjadi KM... masih adakah secebis harapan? =(
menjadi pengawas... boleh ke?
yang ana selalu hitungkan bukanlah pada JAWATAN itu..
tetapi ana teringin sangat nak kutip pengalaman..
tambahkan keyakinan.. dan paling penting menjadikan ana lebih sedar
siapa ana sebenarnye... ana hamba ALLAH.. ana nak jadi hamba ALLAH yang betul2 bertaqwa... ana bukannye melihat PRS/KM/Pengawas itu semua sebagai jawatan semata.. tetapi sebagai satu medan untuk ana perbaiki diri...
untuk tambah ketaqwaan... ditambah boleh menjadi da'ie yang dipercayai...
rasa terkilan tak terpilih menjadi PRS untuk tahun ni mesti ada... tapi alhamduliLLAH.. hati ana menerimanya dgn redha...
ana geram kerana ada segilintir kawan2 ana hanya melihat jawatan2 tu semua sebagai jawatan semata... ada kawan ana yang macam separuh mati bila tak terpilih untuk jadi PRS tahun ni... kenapa mereka tak fikir sedalam-dalamnya? kenape mereka tak boleh nak terime hakikat bahwa ALLAH ingin mereka semua betul2 sedia sebelum menerime amanh ini semua.... =|
"ya ALLAH... tetapkanlah segalanya itu menurut kehendakMU andai itu semua yang terbaik untukku... hambaMU yang kerdil nan dhaif ini... Engkaulah yang Maha Bijaksana , ya Rabbi.... ya ALLAH..."
duhai semua,
do'akanlah yang terbaik untuk ana...
wassalam...
p.s: baca firman ALLAH yang bergerak di bawah post ini...
Labels: hikmah
5 Comments:
Assalamualaikum...
akak tag ana utk komen ke?
okeh2...
ana buat nih..
em , tak reti pulak nak komen best2 ,
terime jelah seadenye ye , kak..
emm , akak teringin nak jadi KM ye?
dari apa yg ana bace kat post akak tu , nampak mcm akak kurang yakin sama ada akak akan menjwat jawatan tu..
biasa lah tu kan..
ana pun kengkadang
lack of confidency jugak..
tapi ,
ana rase ,
kalau akak betul2 nak jadi KM tu , akak kene confident betul2 boleh jadi , sbb kalau self-confidence takde... susah kan?...
then , kalau akak yakin pada diri sendiri , means , akak dah bersedia dengan segala kemungkinan ...
sama ada yang baik ataupun tidak..
& akak pun kene show your best mase PSFM , kalau betul lah tiade sesi pemilihan tu...
akak mesti ready dr aspek
leadership..
ketahanan fizikal ,
kekuatan mental..
nampak susah jugak ye...
tapi ,
kalau ade keyakinan diri ,
memang ,
segalanya mungkin...........
PRS ?
bagi ana akak memang layak...
di kalangan batch ana pun
ramai yg menyenangi perwatakan akak ,
nampak lembut , caring...
tapi ,
macam yg akak cakap..
mungkin belum tiba masanya...
Pengawas?..
emm , kalau pengawas...
ana pernah tanya senior yg pernh jd pengawas SMIH ,
die kate mmg kene kuat mental la
kalau nak jadi pengawas SMIH nih..
tak same dgn jd pengawas SRIH..
ana pun tak dpt catch up sgt die cakap ape.. lebih kurang mcm tu la..
well ,
ana rase ,
kalau akak betul2 nak jadi ,
akak boleh tanye org2 yang pernah jadi nih..
boleh mintak mereke cerite pengalaman...
ataupun ,
boleh mintak guidance ke...
oklah..
sampai sini je lah ye..
aseef jiddan kalau ade terkasar bahasa ye... ana kalau cakap memang macam nih.. hehe...
jangan maree...
ili harap akak terus berpegang pada firman Allah yg bergerak kat bawah tu.. hehe..
sayang akak juge! ,
KhalifahBijaksana2007
salam 'alayk,my dear sister.. :-)
bagus2..bangga betul akak bace entries adik2 ('aini + ili). adik-adik semua ni mmg betul2 seperti mutiara di lautan! insyaAllah, akak yakin adik2 adalah aset berharga utk islam.akak suka cakap benda ni pada semua junior. dan benda y sama akak sampaikan kepada kakak2 dan abang2 yang pergi ke R2J (kakak2 dan abg2 kpd antum=adik2 akak). adik-adik sgt bersih, belum terbuka kpd dunia luar lagi.bila baca entries adik2 semua, rs sayu. knapa seawal ini diri ini terdedah kepada dunia luar. kenapa seawal ini tarbiyyah terputus? dunia luar ni sgt lain. kalau kita nak jadi pemimpin, kita kena ke depan sendiri.takde lagi istilah malu2. bukan org y pilih kita, tp kita y volunteer. jangan fikir malu. kalau ada byk sejarah kpimpinan di sekolah pun, xmenjamin keberadaan diri dalam saf kepimpinan expecially di university. sometimes, org offer. n its up 2 us either to accept o just decline the offer. spt y ili ckp, y meletakkan kita di ats adalah konfiden kita, not really our leadership sbb leadership blh dibentuk dan dilentur.
watever it is, igt dik..hati itu milik Allah.we r dealing with human. we r dealing with their hearts. pemilihan akan dibuat oleh manusia. dan manusia itu milik Allah. if u really want 2 have smthg, ask Allah. may du'as lots. kita suka mengharap, tp kita jarang sekali meminta.Allah suka hambaNya y meminta,kan?
n yup.totally agree wit u.mungkin belum sampai masanya. Allah meletakkan adik di tempat adik skrg kerana adik mampu lalui semua ni. akk do'akan adik-adik akak semua terus diberi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
eventho kita xsmpt nk beramah mesra ms di sekolah, im really looking fwd 2 see my dear juniors! diamonds of Islam.
tke cre.smg Allah permudahkan segala urusan adik2.hargailah tarbiyyah y adik2 dpt skrg sblm adk berada di waqi' y mencabar.
salam sayang..
kak 'abyd
*make dua lots
ya ALLAH... ana macam tersentuh bace comments antuma...
ana tak tahu nak berterim aksih macam mane tapi terima kasihlah atas segala supports yg ukht Ili wa ukht 'Abyd dah berikan...
insha ALLAH...
ana akan trus istiqamah dan istimrar membuat yang TERBAIK dan banyak berdo'a pada ALLAH...
firman ALLAH:
"berdo'alah kepadaKU.. nescaya akan kuperkenankan kepadamu..." - al-Qur'an -
Ukht 'Abyd - Ukht Ili - Ukht Quratu'Aini
[ Ukhuwwah Fillah Abadan Abadaa... ]
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home