Rae's

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah... "trust Allah abadan abadaa..."

Friday, January 19, 2007

salam usrah...

assalamu'alaykum...

hmm, ana tak tahu mengapa
tetapi sejak kebelakangan ni ana terlalu banyak mencoret sajak...
hampir 10 buah sajak telah ana coretkan pada minggu ini...
sayang sekali tiada siapa pun mengerti maksud tersurat dan tersirat di
sebalik nukilan-nukilan itu...

baiklah...
hari ni hari yang baik...
ana sedar bahwa keupayaan diri ana tidak diserlahkan
semaksimanya... ana sedar bahwa kini ana harus menjadi lebih
berkarisma... apa saje yang ana coretkan di sini...

hari ni merupakan MDP pertama untuk tahun 2007...
tahni'ah buat sahabat2 ana yang terpilih menjadi naqibah untuk menceburi da'wah dan tarbiyah pada peringkat yang lebih mencabar...
semoga berjaya!!~
ana rasa 'izzah dengan sahabat2 ana ni..
walaupun ana agak terkilan sedikit...
biarlah ana mengumpul potensi ana...
biarlah ana cukupkan diri ana dulu...
seperti tulisan Nadhirah buat ana...
"ALLAH tak akan membebankan hambaNYA
dengan tanggunjwab yang tak mampu dilakukannya..."
mungkin di lain masa...
ana boleh membantu dalam tarbiyah pelajar sekolah...
siapalah ana jika nak dibandingkan dengan rakan2 ana..
Aaeshah selalu cakap pada ana
"anti ni kasar pada luaran tapi dalamannya.. rohaninya...
anti ni lembut orangnya..."
yakah? memang ana akui...
sungguh SUKAR bagi ana hendak membuka tirai kekasaran luaran ini
supaya yang lembut di dalam boleh ana manfaatkan membantu yang lain..
terasa nak SANGAT pegang usrah adik2...
tapi ana tahu ana belum bersedia lagi... ALLAH masih memberi ana masa...
alhamduliLLAH...
MDP ana naqibahnya ustazah Shahidah Sheikh Ahmad...
ustazah lembut orangnya...
hanya ada 5 orang ahli usrah ana...
ana, hidayah, ain, amirah dan najiha...
moga ALLAH permudahkan bagi kami membina hubungan usrah yang
tertaut erat... inshaALLAH...

oklah... ana rasa sampai di sini saja ana coretkan.. maaflah kerana ana menggunakan bahasa baku.. tidak seprti biasa...

buat Ili: maafkan akak andai akak bukan kakak yag baik buat anti.. anggaplah naqibah anti sebagai kakak yang terbaik buat anti... do'akan akak berjaya membina jati diri muslimah solehah wa musehah dalam diri ini...


salam sayang.... =)

Labels: ,

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam usrah buat anti juga..semoga group mdp ini lebih 'hidup' dengan niat kita iklas kerana alif+lam+lam+ha=Allah..

Friday, January 19, 2007 9:32:00 PM  
Blogger Raden Qurratu 'Aini said...

inshaALLAH....

Saturday, January 20, 2007 5:46:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Salam...
hehe...
takdelaa..
ana rase akak nih baik jer...
insyaAllah sempurna bagi ana...

Saturday, January 20, 2007 8:55:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home