dirinya dan diriku...
BismiLLAHIrRahmanirRahim...
blog ini semakin sepi... teringin juga punyai teman maya...
ah! sudahlah... tamatkan angan-anganmu itu...
oh, ya! maafkan jika blog ini terlalu sepi tanpa entri selama hampir
seminggu...
alhamduliLLAH... imtihan setara PMR sudah pun berlalu...
hati ini rasa rindu.... perasaan bercampur-baur...
matapelajaran yang diambil untuk PMR adalah 9 matapelajaran...
begitu jugalah imtihan setara yang satu ini...
hari ni kertas terakhir adalah bahasa arab komunikasi..
alhamdulillah.. segala-galanya tampak normal...
kertas yang paling dirisaukan kini ialah kertas (2) science...
sudah lah otak ini menjadi kelam bila terbaca soalan kertas science tu...
hinggakan...
buat pertama kalinya dalam hidup ini, dan harapnya yang terakhir...
tangis tumpah pada kertas science... science!!
siapa sangka... science yang disayangi selama ini...
makin kurang disukai berbanding dengan kemahiran hidup...
apa-apa pun... sinar harapan untuk mengecapi 9 A yang diimpikan masih
terpancar.. 9 A!!!~ akan kugenggam 9 A untuk PMR!!!~
hati ini rasa kurang senang... tidak tenteram... seminggu ini setiap malam...
dup dap dup dap...
alasannya?
entahlah... rumit sekali keadaan di minggu imtihan ini...
malas rasanya untuk membuka buku yang telah kututup...
namun helaian bukunya masih belum berkhir... cuma sengaja
menutupnya sebentar demi maslahah diri menempuhi PMR setara.. fokus!!!
What FF7: Advent Children Character Are You?
Hosted by theOtaku.com: Anime. Done right.
haha... diri ini kuat? ya! tetapi orang sekeliling sering salah anggap
bahawa orang yang sensitif adalah orang yang lemah...
siapa kata?!! diriku ini masih kuat!! KUAT!!~
menangis adalah lumrah sesiapa sahaja yang masih punyai hati dan naluri...
tidak bermaksud lemah, faham?
syukru liLLAH... ghadan yaumur riyadhah al-madrasiyah...
entah mengapa...
diri ini tak kisah siapa juara...
Biru nak jadi juara...
dipersilakan...
haha...
kerana apa?
silalah rujuk kembali entri yang sudah bersawang di arkib...
sebenarnya ada sesuatu yang lebih menyeronokkan pada hari esok...
hihihi...
".....Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
.....
"....Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas
kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Loh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga
jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di
medan
yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga…
Wassalam…..."
antara dirinya dan diriku.... aku mengharap cinta yang SATU...
kau permata...
namun cinta-Nya yang utama... =)
kututup helaian entri ini bersama tasbih kafarah wa suratul 'asr...
3 Comments:
Salam sayang dari kak su, sehari dua ni sempat baca aje tapi tak sempat nak tinggalkan jejak.. apa2 pun jangan putus asa yea..
salam ukhwah dari bumi Ireland..
salam..
insyaAllah, nti truskan perjuangan..
ingat, Allah permudahkan jalan menuju syurga bg hamba2Nya yg tak jemu menuntut ilmu..
jadilah wanita solehah yg mampu menyuburkan tanah yg gersang..
moga jannah tempatmu di sana!
kelak dirimu disambut gembira oleh bidadari ainul mardhiah..
asywaqtu ilaik! =)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home