Rae's

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah... "trust Allah abadan abadaa..."

Friday, April 06, 2007

Maulidur Rasul =)

assalamu'alaykum...

duh... blog ini makin menyepi. ana pun makin tak sempat nak update dengan entry2
baru. hmm, ana nak tulis lah pasal maulidur rasul hari ni... 6 April 2007 bersamaan 18
Rabiul Awwal 1428H...

Pagi...

Debarannya kian terasa. Bangun pagi kira-kira 5,20 pagi. sibuk prepare itu & ini.
malam tadi dah lah tidur dalam keletihan dan kerisauan. tidur pukul 11.30 malam.
pagi tu, bangun terus menyonteng kad-kad biru yang dah dipotong malamnya.
nota-nota kecil untuk memudahkan ana.

Sampai sekolah, perhimpunan pagi sudah bermula. MC hari ni Ukht Fairuz. Hari ni tegas sikit.
Hmm, jantung masih tak tenteram. Tangan sejuk macam baru keluar dari tempat air-cond suhu 16 darjah celcius.

Kemudian, ustaz Hafiz memberitahu ke mana kami-kami ni patut pergi. 1 Thabat destinasi yang diberitahu. Kaki pun melongkah longlai. Rasa macam nak cabut lari je.

Maka... bermulalah Pertandingan Bercerita. Semuanya biasa-biasa saja. Giliran ana adalah yang pertama untuk form 3. Duduk sebelah Aminah. Kebosanan dalam kerisauan...

Tamat pertandingan, pergi dewan form 3 & form 5. Sampai-sampai saja, ceramah dah habis. Rugi betul rasanya. Tak apa, mesti ada hikmahnya kan? Masa rehat....

Lepas rehat, ada persembahan nasyid oleh Najahan. Mantap pula vokalis hari ni. Mungkin kerana ada zuq bila ingat pada Rasulullah.. kemudian ada pula Marhaban oleh para ustaz kesayangan kami semua..

Kemudian, Johan kedua-dua bahagian, banat & banin untuk pertandingan syarahan (menengah atas) & pertandingan bercerita (menengah bawah) diminta menyampaikan semula syarahan/cerita masing-masing.
Syarahan- banin: Afiq Naqiuddin & banat: Fatin Nadiah
Cerita- banin: Imran Omar & banat: Izzah Fazi.

wah! tampak hebat mereka semua ni. rasa memang putus harap sangat dengan apa yang telah terjadi semasa penyampaian cerita ana. Kemudian, penyampaian hadiah...

Penyampaian hadiah untuk pertandingan bercerita didahulukan. Banin... hati sudah dup...dap...dup...dap... kalau difikirkan memang tak ada gaya nak menang.. tapi hati asyik melonjak-lonjak seolah-olah ana kan menang...

Dan ternyata firasat hati ni betul! Ana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bercerita Menengah Bawah Maulidur Rasul 2007 SMIH. Alhamdulillah wa syukru liLLAH...
memang tak sangka langsung nama akan naik di tempat ketiga. Kalau ikutkan fikiran ni, memang tak layak betul. Namun begitu, semua adalah ketetapan ALLAH.. insha ALLAH.. ini adalah yang terbaik bagi ana juga di sisiNya.. bengang juga. yelah, muka memang rupa orang dalam situasi disblief. Uhuu...~ Sampai tertumpah mutiara dari kelopak mata. Punyalah terharu dan sungguh tak sangkanya.. =)

Oklah... itu saja rasanya celoteh ana untuk menghiasi blog ini. Ana nak bukak friendster!!~ Kande dah balas belum eh message ana? huhu... apasal la tak boleh bukak friendster ni...

sekian.. ilalliqa' wa ma'as salamah...

P.s: hari Ahad dah diputuskan tak boleh pergi program motivasi tu. sedeyh jugak tapi mesti ada hikmahnya kan? Yay! hari ni bertolak ke KL.. nak balik kampung di Perak dan ikut abah ngajar kat Kulim, Kedah.

1 Comments:

Blogger Aliya Khair said...

mabruk! Tahniah! Congrats dpt no 3!
Kelas ana x prepare pape pn sbb x tau pertandingan tuh ari nih.. huhu..

psl apdet tuh, tgk aa dulu.. klu rajin, insya-Allah ari ni ana apdet..
klu malas, kite tunggu ajelah.. hehe..

Friday, April 06, 2007 5:43:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home