Ma ajmala...
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, mood ana kian hari bertambah baik walau kadang-kadang ada saatnya ana tumpas dengan mood yang tidak berapa baik ( bisakah? ). Kelmarin, ana melayari alam maya pada malamnya. Seperti lazimya, webmessenger Yahoo ana buka kerana menggunakan Edubuntu - tak dapat menggunakan ym biasa - . Seterusnya, cuba menanti insan-insan yang ana ingin berbicara dengannya, atau boleh juga dikatakan dengan 'mengganggu'. Hehe.
Alangkah indahnya kerana dua insan yang ana nantikan itu online ! :) Siapa? Yang penting dua orang manusia ini sentiasa betah melayan karenah ana yang entah apa-apa. Jazakumallah antuma!
Biasanya, ana akan membuka banyak persoalan untuk dua insan ini merungkainya. Kadangkala terasa persoalannya yang entah apa-apa. Tapi, secara betulnya, penting bagi ana untuk dua insan ini merungkainy bersama dengan ana. Kalau saja ana boleh tulis nama antuma di sini..
Kedua-dua insan ini telah banyak merubah perspektif hidup ana. Merekalah antara sahabat yang terbaik pernah ana ada. Selalu 'dengar'kan ana.... Layan ana.....
Kalau ana sedih, disampaikan penguat ruh. Kalau terasa nak give up, seolah terbuka segala harapan. Istimewanya antuma dua orang ni. ^____^ ~
Hmmm, terasa kolot ana ini kerana mati-mati ingatkan tiada banin batch sendiri buka blog ana yang entah apa-apa ni. Teruk betul. Betullah macam apa yang Kak Wani pernah katakan, segalanya di hujung jari, kan? Nasib baik tak masyhur mana blog ana ni. Huhu..
Baiklah, ana nak catatkan apa yang terjadi pada hari ini. Hari ini hari minggu. Abah dah umumkan pagi-pagi lagi yang hari ni Abah nak bawa satu famili jalan-jalan. Seronoknya! Tapi, sebelum pergi, sempatlah juga ana menjengah alam siber ni.
Abah kata nak bawa pergi Jusco Tebrau, yang mana lepas itu Abah tukar - Tesco - ( baru saja menjelajah Jusco Tebrau beberapa minggu yang lalu, takkan nak ke sana lagi ). Tapi, ana pelik, Abah bawa pergi BBU. Nak bawa pergi mana ni, Abah?. Kemudiannya, baru ana tahu Abah nak bawa pergi ke Menara dulu sebelum tasawwuq di Tesco. Tak sangka. Ingatkan usbu'ul qadim. Alhamdulillah~ ( Hehe... Apalah yang saya buat di sana, ya? ) ^.^ Melonjak kegirangan atma ana saat ini. Allah permudahkan segalanya untuk ana. Selepas itu, tasawwuq lah ana dan famili di Tesco.
Rasa-rasanya, itu sahaja yang ana nak coretkan buat masa ini. Maaflah andainya entri ini terlalu formal ( skema itu hebat ! ) lanataran atmaku ini dibuai kegirangan. ^____^
Ilalliqa' wa ma'as salamah...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home