Rae's

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah... "trust Allah abadan abadaa..."

Sunday, March 04, 2007

alhamduliLLAH... entri yang ke-100 !!~

assalamu'alaykum....

alhamduliLLAH.. blog ni dah pun mencecah entri yang ke-100 dengan selamatnya...
hehe... tak sangka... dah banyak benda sudah ana post kan dalam blog ni..
sejak blog ni diilhamkan untuk dilahirkan pada 1 Oktober 2006..

dan sebagai resolusi untuk menjadikan blog ni lebih baik daripada dulu...
lebih 'ilmi daripada dulu...
insha ALLAH.. ana akan cuba buat perkara-perkara berikut untuk blog ana....

- menaip entri tanpa menggunakan short form ( biar skema... haha... )
- satu gambar wajib bagi setiap entri ( biar menarik... =p )
- satu artikel islami atau ilmi yang bermanfa'at setiap kali ada peluang untuk post
di samping catatan harian seperti biasa... ( semoga berjaya!~ istiqamah selalu... )
- satu kata-kata hikmah atau quote bagi setiap entri untuk catatan kehidupan harian ( hmm.. )
- kalau ada masa untuk perah otak mencari kata-kata puitis, apa salahnya menaip puisi sebagai entri.. hehe...

insha ALLAH.. blog ini akan ana jadikan sebagai salah satu cabang untuk ana sebarkan da'wah secara ringan-ringan, mudah dibaca, dengan entri yang happy2... =D biar sedikit asalkan ada dan istiqamah, bukan?

baiklah, ana rasa sampai di situ sahaja pembacaku sekalian ( hmm.. bukannya ramai pun pembaca blog ini..)... sebelum tu, ana nak minta pandangan para pembaca... apa sebenarnya tujuan UTAMA kita berblog, ye?

ada selingan.. sempena raya cina yang dah lama berlalu...
ada pose menarik daripada adik ana yang paling kecik,
Raden Salma Humairaa'... panggilannya Salma...


[ terbalik sikit gambarnya.. maaf ye!~ hehe.. bangunan bertingkat oren atas usahasama Salma & Qurratu'Aini... hehe.. kakaknya nak komplot sama lah... =) ]


wal akhir laisa akhiran...

hiasilah dirimu dengan budi pekerti Islam... agar pekerti Islam boleh terus mengelilingimu....

ilalliqa' wa ma'as salamah...

wassalam...

Labels: , , ,

Sunday, January 21, 2007

satu perubahan...

salam...

insha ALLAH... sempena tahun hijrah 1428 yang baru menjelma ini

ana bernekad nak buat perubahan diri ana yang berkemungkinan satu perubahan drastik..
insha ALLAH.. jika diiznkanNYA...

ana memang nak buat banyak perubahan,
termasuklah perubahan pada blog ana ni...
ana mungkin akan selang-selikan posting2 ana
dengan bahasa tertentu.. mengikut mood ana..
hehe.. ana ni kira mood swing jugak tau..



ana nak taip kat sini apa yang ana nak ubah pada diri ana:

#1. nak jadi seorang yang pandai kawal emosi =P
#2. nak jadi seorang pelajar yang la tuajjilu an adda wajibul manziliy... =)
#3. nak jadi seorang yag pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan
#4. nak jadi kakak yang lebih baik dan tak garang sangat.. =P
#5. nak jadi seorang yang lebih matang... hehe...
#6, nak jadi senior wa junior yang ramah dan baik dengan akhawati min kulli sanah


inshaALLAH...~

hehe... maaflah.. disebabkan blogskin yang baru ni.. antunna susah sikit nak comment..
izan, kalau nak komen.. silalah berbuat demikian di flashbox ana yang biru itu.. hihi.. =)
ana harap antunna suke dengan bloskin yang baru ni..

syukran jazilan...

wassalam wa ilalliqa'!!~

p.s: hari ni mama belikan beg sekolah baru untuk gantikan beg tahun lepas.. hehe.. dapat beg warna hijau jenama fortune.. oklah.. walaupun murah still ada kualiti.. ape2 pun, jangan lupa do'akan ana agar ana dapat jadi muslimah yang solehah wa muslehah, ye! =D

Labels: , ,