Puisi oh puisi....
BismiLLAHirRahmanirRahim...
oh ya! minggu ni ana tak coretkan walau satu puisi...
belum ada ilham.
ana selak-selak majalah Dewan Pelajar tadi..
sebenarnya ,ajalah DP dah jadi Dewan Bahasa dan Pustaka punye..
bukan lagi milik Kumpulan Karangkraf.
ana ternampaklah satu iklan 'Koleksi Terbaharu Sasterawan Negara"
ana nampak ade gambar buku tajuk "maka bermadahlah masa"...
karangan sasterawan Muhammad Haji Salleh rupanya...
wah! nak beli!
ni edisi khas sasterawan negara la...
ana tulis sket ye apa yang iklan ni cakap pasal buku ni....
maka bermadahlah masa
Muhammad Haji Salleh
ISBN 983-62-9362-0
RM 18.00 # 259 hlm
Hayati koleksi puisi Muhammad Haji Salleh
yang diterbitkan dari tahun 1973 hingga tahun 2004 yang disentuh
maknanya oleh waktu atau dalam dirinya yang mengisahkan waktu.
Antara puisi daripada koleksi tersebut termasuklah
Dari Pulau Pinang ke Aceh.
wa... nak beli...
ceh.. bukannye penting pun..
tapi tatau la nape sejak kebelakangan ni suke sangat puisi-puisi nih...
dah lah tengah frust ni... kat maktabah ade SATU je antologi puisi yang dijumpai setakat ni...
tajuknye 'Ilustrasi Sekeping Hati'..
bawah terbitan DBP jugak..
huhu.. nasib baiklah best..
kalau tak.. kan ku kejar hingga ke Perpustakaan Sultan Ismail..
hehe.. bile lah nak pegi ye.. *wondering*
oklah... ana nak siarkan puisi Ria Asmira... die ade tulis drama 'Jerat'
dalam antologi 'Sehijau Warna Daun'... hehe.. Ili ingat tak ek? =P
kalau nak tau Ria Asmira ni nama samaran bg Md. Yusof bin Ali..
(Eh, ingatkan perempuan tadi! hehe... maaf..)
Die lahir 24 Nov 1963.. oh, same tahun dgn ayah ana la...
Bidang penlisannya ialah drama, cerpen dan puisi..
tahni'ah... 3-in-1 rupenye...
ana nak mintak izin die nak siarkan puisi die ni tapi gi mana sih...
puisinye disiarkan dalam Mingguan Malaysia 28 Jan 07 - Sudut Sastera - Puisi
Seberkas Purbasangka
Seberkas purbasangka
selinap disela kalbu
mengusik jinak benih takwa
intai peluang dan ruang
yang hana dan alpa
tugas amanah yang dikota
Kubunuh seberkas purbasangka
yang bergentayangan di maya iman
dengan belati ainul yakin
membina tembok in situ
izzah kota keinsafan
Seberkas purbasangka
kusingkirkan dari menara hidup
lalu kuanyam kelarai rahmat
di puncak istiqamah
dalam qadak dan qadar-Mu!
-Ria Asmira,
Taman Bukit Mutiara, Johor Bahru
best kan? shedap... faham tak puisi ni?
kalau faham bagush la.. tapi kalau tak,
kena teliti betul-betul setiap baris...
oklah...
wa akhir laisa akhiran...
ilalliqa' wa ma'as salamah..
waSsalaM... =)
* Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar dan jelas.. tengok apa yang lelaki tu pegang sebenarnya.. renungi sabda Rasulullah tu juge... =)
Labels: puisi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home