Rae's

bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah... "trust Allah abadan abadaa..."

Tuesday, August 28, 2007

Kerana dirimu begitu berharga

Bismillahirrahmanirrahim...

More than a hero: Muhammad Ali`s life lessons through his daughter`s eyes…

“If memory serves me correctly, I was wearing a little white tank top and a short black skirt. I had been raised orthodox muslim, so, I had never before worn such revealing clothing while in my father`s presence. When we finally arrived, the chauffer escorted my younger sister, Laila, and me up to my father`s suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchange many hugs and kissess as we could possibly give in one day. My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said….
“Hana, everything that god made valueable in the world is covered and hard to get to. Where do u find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you fiLinknd pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You have got to work hard to get them….”
He looked at me with serious eyes…..

“YOUR BODY IS SACRED.YOU ARE MORE PRECIOUS THAN DIAMONDS AND PEARLS AND YOU SHOULD BE COVERED TOO..”

Wallahu a'lam...

Dipetik dari sini.

Sunday, August 26, 2007

Ma ajmala...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, mood ana kian hari bertambah baik walau kadang-kadang ada saatnya ana tumpas dengan mood yang tidak berapa baik ( bisakah? ). Kelmarin, ana melayari alam maya pada malamnya. Seperti lazimya, webmessenger Yahoo ana buka kerana menggunakan Edubuntu - tak dapat menggunakan ym biasa - . Seterusnya, cuba menanti insan-insan yang ana ingin berbicara dengannya, atau boleh juga dikatakan dengan 'mengganggu'. Hehe.

Alangkah indahnya kerana dua insan yang ana nantikan itu online ! :) Siapa? Yang penting dua orang manusia ini sentiasa betah melayan karenah ana yang entah apa-apa. Jazakumallah antuma!

Biasanya, ana akan membuka banyak persoalan untuk dua insan ini merungkainya. Kadangkala terasa persoalannya yang entah apa-apa. Tapi, secara betulnya, penting bagi ana untuk dua insan ini merungkainy bersama dengan ana. Kalau saja ana boleh tulis nama antuma di sini..

Kedua-dua insan ini telah banyak merubah perspektif hidup ana. Merekalah antara sahabat yang terbaik pernah ana ada. Selalu 'dengar'kan ana.... Layan ana.....
Kalau ana sedih, disampaikan penguat ruh. Kalau terasa nak give up, seolah terbuka segala harapan. Istimewanya antuma dua orang ni. ^____^ ~

Hmmm, terasa kolot ana ini kerana mati-mati ingatkan tiada banin batch sendiri buka blog ana yang entah apa-apa ni. Teruk betul. Betullah macam apa yang Kak Wani pernah katakan, segalanya di hujung jari, kan? Nasib baik tak masyhur mana blog ana ni. Huhu..

Baiklah, ana nak catatkan apa yang terjadi pada hari ini. Hari ini hari minggu. Abah dah umumkan pagi-pagi lagi yang hari ni Abah nak bawa satu famili jalan-jalan. Seronoknya! Tapi, sebelum pergi, sempatlah juga ana menjengah alam siber ni.

Abah kata nak bawa pergi Jusco Tebrau, yang mana lepas itu Abah tukar - Tesco - ( baru saja menjelajah Jusco Tebrau beberapa minggu yang lalu, takkan nak ke sana lagi ). Tapi, ana pelik, Abah bawa pergi BBU. Nak bawa pergi mana ni, Abah?. Kemudiannya, baru ana tahu Abah nak bawa pergi ke Menara dulu sebelum tasawwuq di Tesco. Tak sangka. Ingatkan usbu'ul qadim. Alhamdulillah~ ( Hehe... Apalah yang saya buat di sana, ya? ) ^.^ Melonjak kegirangan atma ana saat ini. Allah permudahkan segalanya untuk ana. Selepas itu, tasawwuq lah ana dan famili di Tesco.

Rasa-rasanya, itu sahaja yang ana nak coretkan buat masa ini. Maaflah andainya entri ini terlalu formal ( skema itu hebat ! ) lanataran atmaku ini dibuai kegirangan. ^____^

Ilalliqa' wa ma'as salamah...

Saturday, August 25, 2007

Tilamku adalah tanah... فرشي التراب

فرشي التراب

فرشي التراب يضمني وهو غطائي

حولي الرمال تلفني بل من ورائي

واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي

والنور خط كتابه أنسي لقائي

والأهل أين حنانهم باعوا وفائي

والصحب أين جموعهم تركوا إخائي

والمال أين هنائه صار ورائي

والاسم أين بريقه بين الثنائي

هذه نهاية حالي فرشي التراب

والحب ودع شوقه وبكى رثائي

والدمع جف مسيله بعد البكائي

والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي

فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي

هذه نهاية حالي فرشي التراب

والخوف يملأ غربتي والحزن دائي

أرجو الثبات فإنه قسماً دوائي

والرب أدعوا مخلصا ً أنت رجائي

أبغي إلهي جنة فيها هنائ


Friday, August 24, 2007

Ayah...

Sesegar Nailofar...

bismillahirrahmanirrahim...


cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia......

Sesegar Nailofar [ Zaid Akhtar ]
(Hadiah Utusan Novel Remaja 2000, Tempat Ketiga)


Mengisahkan kehidupan Iqbal di bumi Isra' yang menempuhi begitu banyak mihnah sebelum segalanya berakhir. Dengan sokongan padu Syahid, Hamizan, Icha & Wani, digagahi jua dirinya melayari kehidupan yang penuh menduga atma.
Kasih yang disulami Nailofar akhirnya tersingkap jua. Nailofar, inspirasi yang cegar dalam hati. Abadi.

Sinopsis santai lagi ringkas oleh ana~ ^___^



Saya rindu sangat.... rindu sungguh...
Bilakan dapat lagi...
Ahh~
Saya rindukan sastera.... Saya rindu untuk menghayati sastera..
apatah lagi.. sastera Islami tanah air...
hasrat yang dipendam dalam hati perlu ku pendam lebih lama lagi
kerana keadaan yang tidak begitu mengizinkan...

saya . saya . saya . ana . ana . ana . I . I . I

now listening to : Bersama - Devotees (sedapnya~ untuk didengari...)



Thursday, August 23, 2007

zahirkan mimpi jadi nyata....

bismillahirrahmanirrahim...


hari ni ada kelas tambahan maths...
ada lah seorang dua kawanku yang tak datang...

cuti ni saya buat apa..
oh~ kelmarin & semalam jadi orang KL kejap..
KL tanah tumpahnya darahku.. uhuk3...
alhamdulillah~ best lah jugak gi sana
walaupun penat.....
abah ada keje kat Putrajaya..
tapi kira KL lah jugak kan sbb ada jugak singgah sana...

dapat tengok FIREWORKS!!~
semalam punye fireworks Australia !
lawa sangat!!!~ ada sekali tu banyak sangat keluar
dengan macam-macam warna.... macam pelangi~
huhu~

esok ada bengkel PI... ada kelas tambahan sejarah ke science ( tak pasti :P )

kaki masih sakit... semalam terperosok dalam lubang...
mujur tak jatuh terjelepok...
alhamdulilah~ still boleh jalan... :)

rasanya tu saja buat masa ini...
nak tahu apa lagi yang ana tulis hari ni..
pegilah blog Batch Sebelas ! (only if u know where is it :P )

zahirkan mimpi jadi nyata...
lakarkan cita hingga sempurna!!!~

moga ALLAH redhai usaha kami, batch 11 dlm mencapai kegemilangan untuk PMR 2007 khususnya....

[ cemburu...... jealous.... apa saja lah ana ni..~]

wassalam~

Sunday, August 19, 2007

indahnya kalam...


prestasi menuju destinasi...

destinasi menuju cinta...

cinta menuju Ilahi...

[ rqa . mrza . snmh ]

tinta...

bismillahirrahmanirrahim...

cuti sudah bermula..
nak buat apa... semua kena plan..
muraja'ah hafazan...
mutola'ah durus...
etc..

PMR dah dekat...
rasa leka sangat..
sampai MATI pun tak ingat-ingat...
astaghfiruLlah....

moga ALLAH menaungi kita dalam lembayung rahmahNya senantiasa
dan tak meninggalkan kita walau sekelip mata...

Saturday, August 18, 2007

patriotisme

bismillahirrahmanirrahim...

hmm....
semalam best... kan, alifah ? :)
kita angkat Jalur Gemilang yang kecik tu
tinggi-tinggi kan?
huhu~
secara fizikalnya, Malaysia sudah merdeka....
namun, benarkah Malaysia ini sudah merdeka sebenarnya?
kita yang masih dalam pelukan kegelapan
sedang setelah sekian lama daerah yang cerah tersedia
untuk kita... kita masih terduduk dihipnosis jajahan minda...
kaku....
(buat-buat faham kalau tak faham..)

semalam, masa prof ahmad termizi tu tengah bagi ceramah ke ucapan tu,
ana pinjam kejap bendera yang ada pada Alifah..
thumma, sambil ana dengar ceramah tu...
ana tengok.. perhati.... Jalur Gemilang tu...
tengok merah... terbayang darah... darah siapa ?
pahlawan & pejuang yang bermati-matian nak menentang penjajah... sedeyh~
tengok putih... cantik... melambangkan kesucian pengorbanan rakyat
Malaysia.. tak kotor walau barang secalit noda..
biru...
biru laut... kenapa melambangkan perpaduan...??
ana buat koklusi sendiri... mestilah.. banyak2 warna.. campur2..
jadi warna yang gelap... apatah lagi...
biru tu bukan warna laut yang bergelora....yang sungguh banyak dugaan..
dan kita sama-sama harunginya. betul tak ?
last sekali kuning.. lawa... terang warnanya..
warna kuning lambangkan kedudukan Raja... Yang Di Pertuan Agong..
kalaulah YDPA tak memerintah negara ni secara adil & saksama...
dengan luhur dan telus...
maka.... tak jadilah Malaysia negara yang gemilang, kan?

Malaysiaku Gemilang!

hari ni, saja nak timbulkan patriotisme..
tengok Jalur Gemilang kan... rasa cam nak nangis...
..............
semalam dah la banyak konflik... kronik...
sume orang sedeyh~ tension juga rasanya..

Ya Allah.....
Allahuma aslih bainina.. wa allif baina qulubina.. wahdina subulas salam...
amiin...

Wednesday, August 15, 2007

nataij imtihan~

bismillahirrahmanirrahim...

nak cepat ni... hehe~
nak inform pasal nataij yang ana tak pernah ana beritahu sebelum ni...

lizalika, hari ni ana nak beritahu kepada kalian apa yang terjadi dengan
nataij ana selama ini (sebenarnya.. )~ [dalam tahun 2007] untuk subjek PMR...

Setara I - 7 A [2 B untuk Sejarah dan B.Melayu]
Setara II - 5 A [4 B untuk Sejarah, Geografi, B.Melayu & English]
Percubaan PMR I - 8 A [B untuk B.Melayu]


Alhamdulillah~


oh~ cumanya... apa dah jadi dengan B.Melayu saya?
teruknya~

du'akanlah ana najah wa mumtazah untuk Percubaan PMR II dan
yang paling penting, untuk PMR 2007 yang akan menjelma tak lama lagi~
moga kan ana kecapi dan genggami kejayaan dan kegemilangan
dalam PMR 2007 nanti.. insha ALLAH..

9 A untuk PMR 2007 - Raden Qurratu'Aini bt Muhammad Mun'im (JB 517N406)
[insha ALLAH...]

target 1.3 untuk GPS PMR 2007 SMIH... 4 orang pelajar gemilang peringkat negeri Johor... lebih 50 % daripada satu batch peroleh 9 A.. [amiin...]


sekian.. wassalam...... :)


p.s: apa nak buat dengan B.Melayu saya...?? Runsing dan pusing kepala memikirkannya.. gundah gulana atma saya dibuatnya. la-hai~ :P

Tuesday, August 14, 2007

tak kenal maka tak.... TAHU.. ^.^

bismillahirrahmanirrahim.....

waaa!~ tension la.. org cakap blog ana ni ....
terlalu berseni...
terlalu berkias (???)
ye ke? adeyh~
ana taip ikut sedap ana la....
maaf.. maaf... ",

ana tahu la cam ramai jugak la kan silent readers
kat blog ana ni...

senyap je..
sunyi.....
sepi...

rupanya~ TaK FahAm...
patutlah....

kesian kalian... ^.^

apa boleh buat kan?
nak mengenali seseorang bukan mudah....
nak kenal ana... nak ngam dengan ana...
SUSAH~ percaya la... sahabat karib ana pun
rasa cam tu... sampai kekadang rasa tak guna cakap kat ana...
siapalah ana...
ana pernah cakap dengan seorang sahabat ana :

ana memang akan sayang sangat... sangat....sangat...
kalau ada seseorang tu memahami ana sebagaimana
ana ingin difahami... dan seseorang tu sayang ana
seadanya......

yup, my mum comes up first of all... mesti la...
tapi seorang teman.. sahabat..... lain, kan?
huhu....just kesian kat sahabat karib ana...
nak kamcing dgn ana pun susah...
apatah lagi sahabat ana yang lain...

only ALLAH Knows me best....

hmm...
ana nak minta jasa baik antum antunna
ke sesiapa sahaja yang menjanegah blog ini memberikan komen
mengenai blog ini jua penulisnya...
kat mana? tu...
kat sidebar tu ada kotak survey..
kalian isilah ye....

sebelum tu,
ana nak sangat cakap....
ana sayang kalian...
siapa yang sudi baca luahan atma ana
sampai sini... memang dia baik ^.^
jazakumullahu kahiran jazaa'a...

waLlahu a'lamu bissowab....

........

lagi 47 hari PMR akan menjengah... hal anti musta'iddah, ya nafsi?

bismillahirrahmanirrahim...

ya Allah~ bantulah hambaMu ini dalam mengecapi kecemerlangan dan kegemilangan yang diimpikan khususnya untuk PMR tahun ini dan suksesnya hambaMu ini dalam hafazan al-Qur'an...

(amiiin....)

Sunday, August 12, 2007

matang

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah~
hari ni baik-baik saja...
cuma, gundah di hati belum jua reda..
mumkin dah kurang sikit kot..
lihatlah esok.. insha Allah lagi berkurangan rasanya..

ah~
hari ni tak semena-mena memikirkan isu kematangan. Matang ?
oh~ dulu ana amatlah benci perkataan itu.. MATANG...
especially dari darjah 6 sampai form 1. almost everyone saying I was immature.. saya tak matang.. sedeyh betul...

bayangkanlah....
orang selalu cakap..

"jadilah matang sket.."

"janganlah jadi cam bebudak.."

"janganlah jadi kanak-kanak ribena"

tak pasal-pasal ribena yang kena.. tak faham betul. nway, matang itu adalah isu ana pada masa lampau.. takpe lah... benda tu dah tersimpan di buku nostalgia kehidupan.. bila ingat balik..

nak ketawa! dah dulu memang jahil nak buat cam mana kan...
masa yang terus bejalan mengubah karakter diri ini.. personaliti...
alhamdulillah...

tapi tu tak bererti ana dah matang, ye..
kematangan adalah satu ciri yang bagi ana...
istimewa...

orang yang mature tak bermaksud orang itu serius je.. skema tahap paling teruk la..
sampai tak leh senyum..
tak... maturity is not that...
tak reti nak memperihalkannya sebab diri sendiri belum matang lagi... hehe...

tapi selalu kita dengar kan...
kehidupan itulah yang mematangkan diri kita..
apa yang kita lalui itu semualah yang akan membina peribadi kita... membentuk personaliti sendiri....
izan, hidup ni mesti pandai pilih haluan... ada dua je.. nak kesenangan yang abadi, ikutlah kebaikan walaupun kelak ada kepayahan yang merintangi... nak senang tapi tak abadi, ambil jalan pintas.. yang tak bawa bahagia... yang tak dapat bentuk personaliti yang sepatutnya...
last-last... apa pun tak dapat... senang kejap je... baiklah kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, kan?


esok sekolah! rindu la pulak... kui3... ^.^

oh, ye! tadi belajar masak ikan masak asam pedas.. haha~
buat sensorang tu... huhu.. mak ana tak bape sihat.. so, ana
ambil risiko nak wat lauk tu.. tak reti sangat memasak la katakan...
tapi tadi the results was not bad, though.
bila my bro suke, tu dah cukup baik! yelah, adik ana Mu'az tu kan cerewet sket..
mentang2 la faveret die tom yam... selalu kalau pedas tak pedas tu die yang komen..
Mu'az... Mu'az... tapi gembira la ni, tadi die sedap je makan..
tak complaint pape pun.. hehe... - perasan sorang2 pulak :p -

moga esok membawa erti yang bermakna bagi diri ini
agar kan ku dapat terus mematangkan diri ini.... insha ALLAH....
ingat ye...

" Mihnah itu tarbiyah daripada Allah buat hambaNya yang terpilih"


Allahu a'lamu bissowab..

Lailu saied...
Rae.In

ni'mat....

bismillahirrahmanirrahim.....

ana rasa kan....
banyak sangat kurnian ALLAH pada ana...

TAPI...
ana selalu sia-siakan....


jahilnya!~
teruknya~
kesiannya diri ana ni....

ada aqal malas nak fikir....
ada hati susah nak merasa....
ada banyak ni'mat ALLAH beri tapi selalu persia....


mungkinkah?

mungkinkah hati ana ni gelap sangat sampai ni'mat ALLAH pun
selalu ana lupakan datangnya daripadaNYA....

mungkinkah?

...

" rabbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal hosirin.."

amiin~

Saturday, August 11, 2007

sesuatu yang berakhir.....

bismillahirrahmanirrahim....


wah~ rindunye pada blog ni... ai~
trial da abes.... trial da abes....

trial PMR ni...
penuh jujur ana katakan.. langsung tak rasa macam imtihan....
langsung....

best! relax sgt~ imtihan memang imtihan TAPI
yang relaxnye... ana baca buku dgn penuh kejiwaan.. huhu~
cam best ah kan... bace sambil dgr afdhalul ikhtiar IKIM.fm...
sejarah.. geografi... ert...
terguling2 baca penuh excited... huhu~
imtihan nye rasa mcm latih tubi biase..
ai~

makin dekat imtihan PMR... konflik makin menjadi-jadi....
rasa mcm dah sesak nak nafas.... saket~

cuba la antum antunna rasa...
kita rasa kita buat salah pada sesorang....
asalnya perkara itu tak menjadi kesalahan...
niatnya baik....
untuk menegur...
tapi....
salah...
susah untuk ana katakan.. gambarkan bagaimana...
cumanya, bayangkanlah.... kita buat salah pada seseorang...
seseorang yang jauh tapi sebenarnye dekat....
kita sudah pun mengungkap pohon kemaafan padanya..
namun....
dirinya jua tingkah lakunya menggambarkan seolah2
dia itu membenci kita.... mcm tak pernah kenal..
dan macam halimunan... mcm dengki sgt kat kita....

sedeyhnye..............................................................................

ada seseorang tu cakap kat ana...
"jgn terlalu mempercayai seseorang atau tindakannya"
TAPI...
kenapa.....
takkan lah kalau camtuh lam wadhih lagi...
terang2an org tu mcm tak maafkan ana...

harap sangat insan tu sudi maafkan ana...

susahnye...~

Wednesday, August 01, 2007

warkah sahabat buat sahabat....


rahsia atas rahsia....
bisakah dirungkaikan...
andai detik tiada kepastian..?

kemaafan kupinta
andai hati tercemar kelukaan
maafkanlah...

sahabat....

saya tak tahu apa yang harus saya lakukan...
saya rasa bersalah sangat pada awak...
saya tuduh awak macam-macam...
itulah... inilah...
rupanya bukan awak...
awak tahu,
saya menangis bila baca warkah awak,
tapi saya tak pasti kenapa...
saya tak tahu kenapa air mata terus mengalir
dan mengalir...

sahabat,
saya harap...
awak dapat maafkan saya...
maafkan saya atas segala apa yang telah saya lakukan terhadap awak...
yang buat awak rasa tak sedap hati....

saya takut awak macam geram...
atau dengki... atau marah...
atau apa-apa yang lainnya yang negatif terhadap saya...
saya tahu...
saya tak sebaik awak...
awak begitu baik bagi saya....
maafkan saya, sahabat...
mutaasif jiddan...
kalau terdapat kelemahan pada diri ini yang perlu diperbaiki...
maka, awak janganlah segan silu menegur saya...
insha ALLAH.. saya akan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka...
hmm..moga perkara ini tak berulang lagi...
insha ALLAH...
kesilapan.. itulah fitrah insani...

[sahabat, saya dah lakukan apa yang awak pinta....
alhamdulillah... tapi saya tak boleh nak komen apa-apa...biarlah rahsia...]

maafkan saya...
maafkan ana....
itu sajalah yang ana pinta...
kemaafan daripadamu, sahabat...
kemaafan dari hati....

sahabat...
mungkin awak ubah 100 % persepsi awak terhadap
saya sekarang...
awak mungkin akan anggap saya ni sungguhlah teruk
atau sebagainya...
TAPI sahabat...
saya ada sebab kenapa saya lakukannya..
sebab awak sahabat saya...
sebab itulah....

syukran jazilan, sahabat...
kerana memahami diri ini walau rasa
perih menguasai hati

tatkala ini...

"wa laqod holaqnal insana wana'lamu tuwaswisu bihi nafsuhu
wa nahnu aqrobu ilaihi min hablil warid" Qur'an [Qaaf:16]

"It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein." Qur'an [Qaaf:16]

Allahu a'lamu bissowab....
(fahami dan hayati maksudnya..)


terima kasih...
atas segalanya...
nasihat jua sokongan....

saya tujukan nasyid ni buat awak...
hayati betul-betul...






S E B U A H P E R T E M U A N
Album : See You D IPT
Munsyid : UNIC

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




p.s: moga sahabatku terbaca akan warkah ini buatnya.... =)
nasyid SEBUAH PERTEMUAN juga ana tujukan buat yang lainnya....
Izzati, AKhi 'Umayr, Kak Anis, Kak Shida dan anda lah!